Thursday, November 15, 2012

KASIH SAYANG PADA KANAK-KANAK

ANAK-ANAK SYURGA
Rasulullah saw mencium Al-Hasan ibn `Ali manakala Al-Aqra` ibn Habis At-Tamim sedang duduk bersama-samanya. Al-Aqra `berkata," Saya mempunyai sepuluh orang anak dan tidak pernah mencium salah seorang daripada mereka. "Nabi Muhammad saw melihat kepadanya dan berkata," Sesiapa yang tidak belas kasihan kepada orang lain tidak akan kasihani oleh Allah SWT. "(Al-Bukhari) 

Nabi sentiasa bersabar dan bertimbang rasa dengan kanak-kanak.
Riwayat Abu Qatadah: "Rasulullah saw datang ke arah kami sambil membawa Umamah (cucu Nabi) di atas bahu beliau. Dia berdoa, dan apabila dia mahu tunduk, dia meletakkannya dibawah, dan apabila beliau berdiri, dia mengangkat anak tersebut. "(Al-Bukhari)

Dalam satu hadith yang lain, 

Riwayat Umm Khalid: Saya pergi kepada Rasulullah saw dengan bapa saya, dan saya memakai baju kuning. Rasulullah saw berkata, "Sanah, Sanah!" (`Abdullah, Anas, berkata bahawa sanah bererti" baik "dalam bahasa Ethiopia). Selepas itu, saya mula bermain-main dengan selendang kenabian (antara kedua bahu Rasulullah saw) dan bapa saya menegur saya keras untuk itu. Rasulullah saw berkata, "biarkanlah dia." Nabi, kemudian berdoa kepada Allah agar memberikan kehidupan yang panjang sebanyak tiga kali. (Al-Bukhari) 

Dalam riwayat yang lain, kita menghayati toleransi Rasulullah terhadap kanak-kanak. 

Diriwayatkan Aisyah: Nabi mengambil kanak-kanak di pangkuan ... dan kemudian kanak-kanak itu membuang air kecil kepadanya, maka dia meminta air dan dituangkan ke atas tempat air kencing. (Al-Bukhari) 

Akhir kata, saya ingin menambah satu lagi kata-kata Nabi yang membuktikan bahawa umat Islam harus sedar bagaimana melayani anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka seadilnya

"Bertakwalah kepada Allah layani anak-anak anda [kecil atau dewasa] dengan adil (dengan keadilan yang sama)." (Al-Bukhari dan Muslim) 

Dari semua hadith di atas kita lihat sikap Nabi Muhammad ke arah kanak-kanak adalah satu contoh untuk seluruh bangsa manusia yang menunjukkan bagaimana untuk melayani dan menghargai mereka pada setiap masa.


Wednesday, November 14, 2012

KETUK-KETUK RAMADHAN

Alhamdulillah..aktiviti KETUK-KETUK RAMADHAN dapat mengeratkan hubungan silatulrahim diantara guru dan pihak pentadbiran Sekolah..dari sini kami mengajar erti persahabatan yang erat suka duka bersama..Rasa bersyukur pada Allah di kurniakan masa untuk bersama..tiada alasan letih mengajar dengan anak-anak syurga dan sebagainya..guru-guru bujang mengambil kesempatan belajar dengan ibu-ibu sifu :)..






sifu terbaik

k.sarah : potong atas plastik utk p.mulaan p.belajaran :P

Puan Nabilah tumpang belajar..
Ustzh Hasaniah : Sifu Puan Nabilah

Alhamdulillah hampir selesai

Alhamdulillah inilah hasil tangan cikgu

P/S : Gunalah masa yang ada cikgu-cikgu untuk bersama biar kita susah senang bersama..indah berukhuwah kerana Allah ..insyaallah anda juga pasti boleh melakukannya.

PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PSS

Guru Bimbingan : Ustazah Sarah Hassan

Guru Bimbingan : Cikgu Munirah, Ustaz Muzammil dan Ustazah Basyirah

WARGA PENDIDIK SEKOLAH RENDAH UMMI ( SeRU )

MURABBIE

GURU- GURU LELAKI
Ustaz Hasif, Ustaz Badrol Khelmi, Sir Mansor, Cikgu Manaf, Ustaz Muzammil dan Ustaz Zulkhairi

GURU - GURU PEREMPUAN
Dari Belakang : Cikgu Nabilah, Cikgu Husna, Cikgu Mazidah, Ustzh Hashimah, Ustzh Hafizah, Ustzh Habibah, Ustzh Hasaniah. Ustzh Jamilah, Ustazah Zahidah, Ustzh Basyirah
Dari Depan : Cikgu Fitriah, Ustzh Sarah, Cikgu Siti Minah, Cikgu Asnazalia, Cikgu Munirah, Cikgu Munirah Athirah dan Cikgu Asmah .


Berkerja hanya kerana keuntungan akhirat :)
Mendidik Anak-anak SYURGA 
mudah-mudahan menjadi amal ibadat ..saham bertemu dengan RabNya 

SUKA DUKA BERSAMA MEREKA ANAK-ANAK SYURGA

TAHAP 1

Guru Kelas : Ustazah Hasaniah

Guru Kelas : Cikgu Nabilah

Guru Kelas : Cikgu Mazidah

Guru Kelas : Cikgu Munirah Athirah

Guru Kelas : Ustaz Hasif

Guru Kelas : Cikgu Asmah

TAHAP 2

Guru Kelas : Cikgu Husna

Guru Kelas : Cikgu Fitriah

Guru Kelas : Ustazah Nor Basyirah

Guru Kelas : Cikgu Munirah

Thursday, October 18, 2012

PERANAN PENDIDIK


guru adalah qudwah terbaik pelajar

bina jambatan hati

berkongsi satu sama lain

membantu yang lemah

Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa,Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, muddarisdan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu’allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.

Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.
Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi
seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang
yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Itulah sebenarnya peranan guru.. Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya..


Saturday, September 15, 2012

BITAUFIQ WANAJAH FII IMTIHAN "UPSR"

 THE BEST OF LUCK
WITH YOUR EXAME!!
AND REMEMBER ALLAH
IS ALWAYS WITH YOU.

 TATAWAKALU'ALALLAH

bermulanya perjuang kalian

mencari keredhaan hanya kepada RabNya

istiqamah

Luqman Puzi
izzati             
                                                              
      syafiq
             tidak pernah putus doa diberi kekuatan padaNya

hadi farhan
Moga Allah sentiasa permudahkan :)

khudri
Doakan Saya :P

irfan noor habibi
faiz
Ali Mundtazar
ihsan zahir
                                                                      
                                                                      Aisyah Roslan                              
                                                                     
                                                                      Amirah Ismail
 
Fatihah Sanusi
 
 Aqilah Sufian                                                                          
Shuhada
 zafinaz                                                     
  Ainul Husna 
 
      Suhaila                                                               
 
Alwi
 
Athirah Faqihah
 
Luqman Firdaus
 
izzati
 
Syed Muhammad Safiuddin


CALON UPSR 2012
Afif Hakimi b. Junaidi
Aiman Zuhairi b. Mohamad Zahir
Ali Muntadzar b. Mansor
Alwi As-Sufi b. Mohd Alawi 
Harith Adam b. Omar 
Hasnul Hadi b. Halim
Luqman Hakim b. Muhammad Firdaus
Mohamad Ilham Kamil b. Indra
Muhamad Adib Iqra'izz b. Abu Talib
Muhammad Ammar b. Jamil
Muhammad Arif b. Abdul Kadir
Muhammad Ehsan B Mat  Zahir 
Muhammad Faiz b. Mohd Zaidi
Muhammad Fariz Ikrimi b. Nazri
Muhammad Hadi Farhan b. Adnan
Muhammad Irfan b. Muhammad Noor Habibi
Muhammad Khudri b. Yusof
Muhammad Luqman Nulhakim b. Mohd Puzi
Muhammad Shafiq b. Zulkeflee
Syed Muhammadd Safiuddin b. Syed Rozlan
Ainul Husna bt. Mohd Nizam
Nur Aisyah bt Roslan
Nur Amirah bt. Ismail
Nur 'Aqilah bt. Suffian
Nur Athirah Faqihah bt. Mohammad Shariff
Nur Izzati bt. Ramli
Nurul Afiqah bt. Hazli
Nurul Anis Shuhada bt. Johari
Nurul Fatihah bt. Muhammad Sanusi
Rabiatul Adawiyah bt. Mohd Hamka
Suhailah bt. Ramli 
Zafinaz bt. Zohari

Kami guru-guru SeRU sentiasa mendoakan kejayaan kalian bukan hanya dunia malah di akhirat juga
Semoga Allah memberi natijah setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Semoga kalian semua masih bersemangat untuk meneruskan imtihan ,Bitaufiq wanajah.