Alhamdulillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..buat pembaca blog ana yang d.kasihi..masih segar dengan kata - kata seorang lelaki yang bernama Roosevlt : Satu-satu orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa - apa, jangalah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama
Mungkin kita juga adalah punca kepada kegagalan pelajar..mungkin ramai yang tidak bersetuju bukan? kita cuba lihat semula kelemahan yang ada pada diri kita.sikap guru juga yang membosankan dan tidak menggunakan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan sosial terutamanya ponteng sekolah.Mereka perlukan perhatian sepenuhnya dari guru, peranan ibu bapa makin hilang di mata anak-anak kenapa ana berkata begitu inilah yang berlaku di mana-mana sekolah, ana bawa satu kisah tentang seorang pelajar yang hidup dalam keluarga yang serba mewah, ibu bapa yang sibuk menguruskan hal keduniaan hingga lupa akan tanggungjawab besarkan anak dengan bantuan sepenuhnya pembantu rumah sahaja, setiap kali masalah displin berlaku di sekolah berulang-ulang kali rasanya semua akan tertanya apa masalah pelajar tersebut bukan? pelajar tadi melakukan kes kecurian dah menjadi kebiasaan...nampak apa yang berlaku tanggungjawab siapa rasanya ibu bapa & guru ? persoalan demi persoalan...
Kalau kita sebagai pendidik penat dalam mendidik sebenarnya SALAH kita perlu bantu anak bangsa kita sendiri, mungkin dah ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran tapi kurang penekanan agama..Allah S.W.T sebut Anak, harta adalah ujian dari Allah. Kita lupa hakikat penghambaan kita kepada Allah.
Pelajar yang ana kongsikan tadi memang perlukan perhatian jiwanya kosong sebagai pendidik perlu teliti pemasalahan yang berlaku bukan hanya menghukum, ana panggil dan berbincang dengan pelajar tersebut bila di tanya pelajar tersebut menangis mengharapkan kesalahannya tidak di ceritakan kepada kedua ibu bapanya..memang pelajar tersebut mengaku atas kesalahannya mengharap perbuatannya menjadi perhatian guru...kurang kasih sayang mak ayah yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan sehingga si anak tanya tentang pelajaran & ingin menceritakan kisah di sekolah, mula mak ayah naik angin, rotan sentiasa di tangan patang silap badan menjadi mangsa..yang terkesan di hati sangat apabila pelajar tersebut di rotan datang bilik guru cari cikgu minta suruh tolong sapukan ubat..Ya Allah berat sebenarnya tanggungjawab sebagai pendidik kita perlu mainkan peranan penting take care..kitalah sebagai doktor, polis, peguam dan sebagainya untuk mereka.
Mungkin ada yang mengeluh bila baca kes-kes yang berlaku kepada pelajar-pelajar sekarang tak kiralah pelajar sekolah,menengah mahu pun IPT sekalipun ..La Tahzan Cikgu ! kalian semua boleh cuba menjadi pendengar yang baik yang paling penting menjadi Qudwah Hasanah yang lebih baik jangan cepat mengalah sabar supaya iman sentiasa menjadi kekuatan dan berbaik sangka terhadap Allah...banyak sebenarnya kalau kita nak kongsikan tentang sistem pendidikan yang sedia ada..inilah salah satu perancangan orang kafir ingin memusnahkan dan hancurkan umat islam melalaikan anak bangsa kita sendiri .mereka cuba sibukkan kita dengan kebendaan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah...Jadi kita sebagai pendidik sentiasa mencuba jangan sebut " saya dah putus asa " Rasulullah adalah guru terbaik buat kita ..tak pernah mengeluh, putus asa, sedih dan sebagainya..pelajar kita adalah mad`u kepada kita..
Insyaallah, gunalah kesempatan bangun sembahyang taubat supaya hati kita sentiasa di bersihkan sama-sama kita menadah tangan memohon kekuatan pada Allah supaya sentiasa di kuatkan untuk menjadi guru yang baik kepada anak murid kita insyaallah ...amin
Allah adalah sebaik-baik sandaran :) La Tahzan ukirkan senyuman cikgu insyaallah
No comments:
Post a Comment