Potensi kecemerlangan anak sering terpendam dan gagal dikenalpasti utk dirangsang oleh ibubapa lantaran jahil mengenal teknik dan strategi keibubapaan ( parenting techniques and stategies )
Semua ibubapa sayang pada anak dan mahukan anak mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Ramai yang mencuba sedaya upaya utk mencapai matlamat ini tetapi kurang berjaya lantaran menggunakan pendekatan yang kurang sesuai. Ini terjadi kerana kebanyakkan ibu bapa tidak pernah terdedah secara formal dan sistematik kepada kaedah m.didik anak yang cemerlang.
kejahilan mengenai keibubapaan adalah sesuatu yang amat merugikan. Ia perlu dibenteras serta merta demi untuk kebajikan anak-anak dan untuk mengelakkan kita berdosa pada anak-anak!
Ibu bapa yang cemerlang akan dapat mengekalkan kehebatan yang dibekalkan oleh Allah sejak lahir. Kehebatan ini termasuklah ciri-ciri seperti .
- Pemikiran yang bersih
- Jujur dan terus terang
- Sifat ingin tahu
- Kasih sayang
- Mempercayai orang lain
- Cergas dan pintar
- Pengingatan yang tajam
- Berani
- Gigih
Kehebatan yang ada pada seorang bayi sebenarnya ada pada ibubapanya. Tetapi sifat-sifat asas telah dilindung dan disaluti olh keterbiasaan, sikap, nilai-nilai dan kepercayaan yang negetif.
Sama-sama kita berusaha menjadi ibubapa yang cemerlang ....insyaallah..
No comments:
Post a Comment