Moga hari-hari kita akan sentiasa bahagia dengan anak-anak kecil di sekolah....sepanjang perjalanan ana sebagai pendidik banyak yang telah ana pelajari terutama dari segi pengalaman bersama pelajar, waris dan sebagainya..ana ingin berkongsi beberapa cerita tayangan video yang menyentuh perasaan para guru terutamanya mengisahkan tentang perjalanan kehidupan pelajar yang menghadapi masalah kesihatan..mungkin kita tidak pernah mengambil tahu tentang pelajar kita & kita sengaja buat tak tahu...
Secara jujurnya apabila ana melihat sendiri video yang di tayangkan tentang dunia kanak-kanak, ana menagis terkesan d.hati video ni memang sesuai sangat pada semua lapisan terutama pendidik...
Tahniah kepada pengarah yang mencetuskan idea yang bernas membuka seluasnya pemikiran para pendidik dan ibu bapa mengenali anak-anak didik dengan lebih dekat..
Tahniah kepada pengarah yang mencetuskan idea yang bernas membuka seluasnya pemikiran para pendidik dan ibu bapa mengenali anak-anak didik dengan lebih dekat..
Ana mengharapkan semoga pengarah filem Malaysia dapat membantu perkembangan sistem pendidikan melalui drama-drama yang membina seperti :
Mercury Rising - sebuah kisah seorang Ejen FBI melindungi seorang kanak-kanak autistic bernama Simon selepas ibubapanya di bunuh kerana disyaki dapat memecahkan kod sulit. Keistimewaan yang ditonjolkan dalam watak Simon, dia boleh menterjemah kod sulit yang mengandungi mesej rahsia, dan sangat tajam ingatan.
cerita paling terkesan
Tare Zameen Par - sebuah cerita mengenai seorang kanak-kanak yang menghidap disleksia. Sebuah cerita yang aku rasa berjaya memaparkan cabaran dan rintangan sebagai seorang disleksia dan orang yang ingin membantunya, lantas menjadikannnya seorang yang berjaya dan dapat di terima oleh masyarakat.
Temple Grandin - sebuah cerita benar mengenai seorang yang bernama Temple Grandin penghidap autisme. Cerita mengisahkan bagaimana menghadapi kesukaran menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Seorang guru yang peka telah membuka ruang dan peluang untuk beliau berjaya dalam hidupnya. Beliau kini bergelar Professor.
My Name Is Khan - lagi sebuah cerita bollywood mengisahkan seorang penghidap autisme yang mengembara hingga ke Amerika untuk bertemu dengan Presiden Amerika. Banyak yang berlaku sepanjang pengembaraannya. Sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran mengenai autisme.
Ocean Heaven - sebuah cerita lakonan Jet Li yang mengisahkan cabaran seorang bapa menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak autisme. Beliau amat risau akan masa depan anaknya apabila beliau tiada lagi di dunia ini.
Rainman - sebuah cerita mengisahkan seorang abang yang menculik adiknya yang menghidap autisme sebagai alat untuk mendapat sejumlah wang selepas kematian ayah mereka.
JOM TENGOK ! INSYAALLAH TERKESAN
No comments:
Post a Comment