Menghidupkan jiwa tauhid dalam diri setiap individu :
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Awal-awal agama adalah mengenal Allah s.w.t ''
Anak-anak yang baru dilahirkan ke dunia pastinya akan dibisikkan kalimah tauhid iaitu " Laa ila ha iliallah " dalam anak-anak menuju ke alam tumbesaran, anak-anak hendak dikenalkan dengan Allah, bukan sahaja mengenalinya tetapi juga penting adalah penghayatan terhadap ilmu-ilmu Allah. Dengan itu ia dapat merasakan kehadiran, kebesaran dan sentiasa diawasi oleh Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menyuruh ibu bapa supaya mengajarkan kepada kalimah tauhid secara berulang-ulang. Dengan itu anak-anak akan lebih mengenali siapa penciptanya. Seterusnya anak-anak akan dibawa menghayati tentang hakikat kejadian manusia, alam sekeliling yang indah serta segala ilmu Allah ini.Dengan itu anak-anak akan sedar tentang kehebatan Allah s.w.t. Dengan itu juga anak-anak akan terpimpin dengan ikatan iman terhadap Allah s.w.t . Selain daripada itu juga, tauhid dapat dibina dengan menyuburkan sifat perhambaan pada sanubari para pelajar. Ia boleh dilakukan dengan mengajar mereka berfikir akan kebesaran, kehebatan, kebaikan, rahmat dan nikmat dari Allah s.w.t . Unsur-unsur ini juga boleh diterap dan diserapkan ke dalam jiwa pelajar dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Matapelajaran seperti kimia, fizik, biologi, sejarah dan berbagai lagi, semua dapat mengajak pelajar berfikir tentang keagunan Allah s.w.t. Sebagai contoh, pelajaran biologi diterapkan dengan unsur hakikat kejadian manusia. Dengan itu, guru hendaklah mengaitkannya daripada sumber Al-Quran supaya para pelajar dapat menilai tentang keajaiban ciptaan Allah yang Maha Esa.
: Didiklah mereka mentauhidkan Allah :
No comments:
Post a Comment