Wednesday, July 25, 2012

BILA SI COMEL MULA MENULIS :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...BILA SI COMEL MULA MENULIS :) Ya Allah kenapalah tulisan kamu ni teruk sangat ...ustazah tengok kamu macam baru nak belajar menulis je...mula terfikir rasanya guru dah terlepas pandang dekat si comel ni...tahun ni dah darjah 4 macam mana kamu nak menduduki UPSR ni...mula rasa bimbang di dalam hati....petang ni tekad nak panggil si comel nak ajar dia menulis bagi kemas2 sekurang-kurangnya guru2 dapat faham si comel tulis...bila panggil ajar si comel tengok muka dia rasa kesian sebab si comel dari sekolah kebangsaan masuk sekolah agama...bila tanya dia rupanya di sekolah kebangsaan dok kelas hujung2 biasalah kalau pelajar tu kelas last memang kurang sikit perhatiannya..bila masuk sekolah agama si comel dok bersama rakan-rakan yang agak cerdik ..nampak si comel cuba untuk bersaing juga...bila tengok balik tulisan si comel memang x faham langsung tulisan rapat2 ishh agak pening juga...Tapi sebagai guru, pelajar adalah amanah untuk kita..mungkin kita akan selalu marah bila buku budak2 x kemas...bukan??? awatlah tulis kamu ni hodoh sangat, awat tulisan macam cakar ayam, awat,awat dan awat TAPI adakah kita cuba untuk perbaiki kelemahan pelajar kita...ambik masa untuk si comel di sekolah kita, kadang2 budak2 ni di ajar semasa tadika dan tahun 1 je, guru masa tu pegang tangan ajar cara nak menulis budak2 ni seronok sebenarnya bila guru take care...bila dah naik tahap dua benda ni dah tidak di tekan lagi, apa salahnya gunalah masa yang ada untuk pegang tangan mereka dan perbaiki kelemahan yang ada...sabar cikgu benda ni perlu masa kurangkan marah dan sebagainya, mereka perlukan bimbingan dari kita insyaallah hadiahkan keikhlasan hati untuk pelajar2 yang lemah seperti si comel di sekolah kita ...Allah anugerahkan pada manusia semuanya tidak sama jangan buat perbandingan di antara pelajar yang cerdik dan lemah, ..banyakkan memberi x rugi insyaallah, semoga kita sentiasa di berikan kesabaran dan kebaikkan dengan kerja buat kita  insyaallah :)

bila si comel belajar menulis 

si comel :)

teruskan bimbingan


bila si comel tulis semua rapat2

Aku Sebijik Bola ..Aku dibuang ke dalam tong sampah.Aku sangat gembira :P
si comel, si comel


Alhamdulillah, dapat juga si comel perbaiki tulis...tapi masih lagi perlu di bimbing

No comments:

Post a Comment