Sebaliknya sikap sabar yang ditonjolkan ibubapa dalam menangani masalah tingkahlaku akan meninggalkan kesan yang mendalam didalam sanubari anak-anak untuk berusaha meninggalkan perkara itu buat selama-lamanya.tidak ada contoh yang terbaik lain yang boleh dipaparkan melainkan daripada junjungan Nabi Muhammad S.a.w dimana, ketika baginda sedang sujud dalam sembahyangnya tiba-tiba cucu-cucunya Hassan dan Hussin bermain-main di atas belakmangnya lalu Nabi Muhammad melakukan sujud yang lebih lama daripada biasa kerana sengaja membiarkan mereka bermain sepuas-puasnya, apabila ditanya mengapa melakukan sujud yang terlalu lama lalu, Baginda menjawab bahawa baginda khuatir anak-anak itu akan terjatuh sekiranya bangun daripada sujud. Ini menunjukkan bertapa sabarnya nabi menghadapi kerenah anak-anak.
Ada ibubapa suka memekik-mekik memarahi anak-anak yang degil kerana sering mengulangi kesalahan, mungkin itulah yang membosankan anak-anak dengan kerenah ibubapa Iman Syafii berkata : " Nasihatlah aku ditempatyang sepi dan jangan menasihati aku dalam keramaian. Kerana menasihati di depan orang banyak adalah termasuk menjelek-jelekkan yang aku tidak sudi mendengarnya, Jika engkau berbeda pendapat dengangku dan menyalahi aku dan janganlah marah, jika engkau tidak ditaati " jadi insyaallah marilah sama-sama ubah sikap kita bagi ibubapa dan pendidik cuba dekati mereka dengan cara baik yang penting jadilah pendengar yang baik..mudah-mudahan kita sentiasa memperolehi setiap kebaikkan.
Sabar dengan kerenah anak-anak kecil
jadi pendengar yang baik :)
No comments:
Post a Comment