Saturday, June 16, 2012

MATA PENA SEORANG GURU :)


Alhamdulillah....
Matlamat kita bekerja adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Namun yang paling penting kita dapat melaksanakan tugas yang mulia dan dikira sebagai ibadah, iaitu mendidik manusia menjadi hamba Allah yang taat kepada RabNya, Yakin kita akan dikurniakan oleh Allah kenikmatan dan kepuasan dalam tugas yang mulia ini.
Kita melaksanakan masuliah dan tanggungjawab kita dalam bentuk kerjasaa, Tanpa kerjasama antara kita tentunya sukar mendapat kejayaan yang sebenar, Dalam hubungan ini, Allah berfirman dalam surah Al-Saf 61 ayat 4.
“Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun rapi “
Inilah gambaran tentang satu SAF atau satu barisan yang kukuh dan kuat, Mereka terikat antara satu sama lain seperti batu-bata yang memperkukuh antara satu sama lain hingga terdiri tersergam sebagai sebuah bangunan. Demikaian SAF yang disayangi Allah, tidak membiarkan ruang kosong yang boleh melemahkan kerja-kerja mulia mereka, malah semua anggota bersatu padu dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab masing-masing.
Hakikat yang sama-sama kita realisasikan sebagai satu badan, Anggota badan yang mengikat antara satu sama lain, Andai satu anggota berasa berat, anggota lain juga akan merasainya dengan mengambil berat membantunya, Sikap melepas tangan antara anggota badan yang tidak wujud sama sekali dalam realiti kita, Kita masing-masing bertolong-tolongan dan saling bersimpati, Inilah sifat utama orang mukmin yang selaras dengan Rasulullah s.a.w.
“Ertinya : Bandingan orang-orang mukmin dalam berkasih-sayang dalam belas kasihan, mereka seperti satu badan, Apabila salah satu anggota mengadu sakit, semua anggota yang lain turut serta merasa sakit, berjaga malam dan demam”
InsyaAllah dalam suasana kita, kita sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, iman dan amal, Sabda Rasulullah s.a.w ini akan subur dalam jiwa dan berperanan dalam kehidupan kita, di samping menjadi contoh kepada anak didik kita, Sifat ini juga akan menjadi model kepada masyarakat seluruhnya.
Akhirnya jazakallahu khairan kathiran kepada guru-guru kerana dengan jayanya dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.Oleh itu pada pada setiap tahun  tidak mustahil insyaAllah kita dapat tingkatkan lagi prestasi amal kita dalam bidang pendidikan yang mulia ini, seterusnya hingga ke akhir hayat.
Semoga kerja kita dibalas Allah dengan ganjaran yang setimpal, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment