Remaja adalah generasi yang bakal menerajui pemerintahan negara di masa hadapan. Oleh itu, mereka dianggap sebagai aset negara yang paling berharga. Bak kata pepatah '' pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara '' Jika cemerlang pemuda dan pemudi kita, maka cemerlanglah mereka
.
Kecemerlangan generasi baru ini akan dapat diwujudkan apabila golongan remaja memahami akan pentingnya kehidupan mereka sebagai kumpulan yang meneruskan nasib agama, bangsa dan negara pada alaf akan datang. Peranan dalam membentuk, membina dan mendidik remaja ini adalah tanggungjawab generasi tua. Sekiranya mereka gagal dalam memainkan peranan masing-masing, maka sudah pastilah mereka tamadun dan peradaban yang telah ada tidak dapat dipertahankan dan diperkembangan.
Ayat di bawah ini memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam membentuk sahsiah generasi muda : ertinya - Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan ( generasi ) yang meninggalkan solat, yang memperturutkan hawa nafsu, sebab itulah mereka menemui kebinasaan. ( Maryam : 59 )
Allah S.W.T mengingatkan agar membentuk suatu generasi penerus yang berkebolehan melanjutkan budaya dan akhlak bagaimana yang dimiliki oleh nenak moyang mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa suatu tamadun negara musnah apabila golongan mudanya rosak. Ia telah diakui sendiri oleh khuruschev ( Bekas Sekretaris Parti Komunis Rusia ) pada tahun 1962. Rusia pada masa itu berada dalam bahaya apabila golongan muda telah menyeleweng dari dasar asal serta tenggelam dalam hawa nafsu dan tidak bertanggungjawab. Begitu juga dengan Presiden Kennedy ( Amerika Syarikat ) mengatakan bahawa masa depan Amerika berada dalam bahaya kerana generasi mudanya telah menyeleweng, rendah akhlak moralnya, tenggelam dalam hawa nafsu dan tidak bertanggungjawab.
Di dalam wawasan 2020, cabaran yang keempat daripada sembilan cabaran berbunyi '' cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Maka dengan itu, sudah seharusnya diatur satu kaedah yang tepat lagi berkesan dalam mendidik remaja kita ke arah menjayakan wawasan yang dicita-citakan.
" Bukan dari golongan kami sesiapa yang tidak mengasihani anak-anak mereka dan tidak mengenali hak orang dewasa "
( H.R : Ahmad, Abu Dawud dan Tarmidzi )
No comments:
Post a Comment