Sunday, September 9, 2012

BURUK BAIK ANAK DI TANGAN IBU BAPA

Kebahagiaan dan hubungan suami isteri kerap dikatakan akan bertambah erat apabila dikurniakan Allah anak dari hasil perkahwinan itu.
Pasangan suami isteri yang tidak memperoleh anak akan kelihatan kaku dan sunyi sepi.Anak adalah tempat tumpuan kasih sayang bagi setikap pasangan suami isteri, anaklah yang boleh mematangkan sesebuah rumah tangga. Anak juga satu-satunya faktor yang boleh menjadikan sepasang suami isteri lebih bertanggungjawab, si bapa akan berusaha mencari nafkah yang mencukupi untuk menyara hidup keluarga mereka supaya tidak berada dalam terus terumbang ambing, si isteri pula akan bertanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh anak-anak yang diamanahkan oleh Allah itu supaya menjadi manusia yang berguna, bertakwa kepada Allah, berakhlak mulia dan bermoral.
Sesungguhnya anak yang dianugerahkan Allah adalah amanah bagi setiap pasangan suami isteri, anak adalah penyambung zuriat sesuatu keluarga. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap keluarga untuk mendidik dan mengasuh anak-anak yang dikurniakan Allah itu supaya hidupnya tidak akan menjadi bebanan sesiapa.Fungsi ibu bapa dalam mendidik dan mencorakkan masa depan anak-anak adalah jelas melalui sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : '' Tiap-tiap anak yang d.lahirkan atas kesucian agama, sehingga lancar lidahnya.Maka ibu bapanyalah yang menjadikan dirinya beragama Yahudi, Nasrani dan Majusi ( hadis riwayat Abu Ya'la, Thabrani dan Baihaqi )
Hadis di atas jelas menggambarkan kepada kita bahawa tugas mendidik dan mengasuh anak diamanahkan oleh Allah itu terletak kepada ibu bapanya.ibu bapalah yang akan mencorak dan mewarnakan hidup anak yang tidak bersalah itu. Perkara ini juga dijelaskan dalam firman Allah s.a.w bermaksud : " Wahai orang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka " surah al-tahrim ayat 6
ayat di atas mengingatkan kita supaya tidak terjerumus ke dalam api dunia. Maka melindunginya daripada api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.
Hati anak-anak adalah suci laksana mutiara berharga indah dan bersih daripada segala goresan dan bentuk.Ia akan menerima apa saja yang dibuat kepadanya apa yang ditarikkan kepadanya.jika kanak-kanak dibiasakan dengan perbuatan baik maka dia membesar dalam keadaan baik.Sebaliknya jika anak-anak dibesarkan dengan perbuatan jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti binatang yang terbiar maka dia akan menjadi celaka dan binasa. Dosanya akan terpikul ke atas bahu ibu bapanya juga.

No comments:

Post a Comment