Dalam sebuah rumahtangga, walaupun ayah atau bapa juga dipertanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh anak-anak namun tugas itu lebih ringan jika dibandingkan dengan tanggungjawab untuk mendidik dan mengasuh anak-anak, namun tugas itu lebih ringan jika dibandingkan dengan tanggungjawab seorang ibu. Tugas dan tanggungjawab sebenar bagi seorang ayah ialah luar rumah dan mencari nafkah bagi menyara hidup setiap ahli keluarga setiap hari.
Si ayahlah yang perlu dipersalahkan jika dapur rumahnya tidak berasap dan anak isterinya hidup dalam kelaparan dan kehausan.Tugas utama si isteri pula dalam rumah seperti mendidik anak serta mengurus rumah tangga supaya sentiasa berada dalam keadaan teratur rapi dan kemas. Islam tidak mewajibkan si isteri mencari rezeki dan berkerja di luar rumah, si isteri dipertanggungjawabkan untuk memberi garis panduan pendidikan anak-anak yang dilahirkman seperti mana yang dikehendaki agama dan masyrakat.
Islam meletakkan garis panduan iaitu memaksa si suami memberi nafkah yang sepenuhnya kepada isteri dan anaknya, keadaan ini berlaku kerana islam bimbang hidup dan pendidikan serta pengawsasan anak akan tergendala jika isteri turut keluar rumah untuk mencari nafkah. Anak yang tidak diawasi dan dijaga ibu dan bapa mereka lumrahnya akan terbiar bebas dan liar apabila ibu dan bapa keluar rumah mencari nafkah, anak yang tidak diasuh dan diawasi sepenuhnya oleh ibubapa diibaratkan seperti sepohon mentimun yang tidak ada junjung. Pohon mentimun itu akan akan menjadi sama tarafnya dengan rumput yang melata di bumi. Keadaan pohon mentimun itu akan sama dengan rumput . Buahnya entah ke mana dan kalau ada pun, buahnya tidak akan sempurna.
Begitu keadaan dengan manusia. Kanak-kanak kecil juga perlukman junjung untuk mengajarnya bergaul dan bergerak. Junjung pertama bagi kanak-kanak ialah ibu dan kemudian bapa, mereka perlukan termpat bergantung ketika kecil demi menjadi manusia yang diredhai oleh Allah apabila dewasa kelak.
Rasa kasih-sayang seorang ibu terhadap anak adalah fitrah semula jadi Allah kepada setiap orang wanita, tidak ada seorang ibu pun yang tidak kasihkan anaknya, namun demikian kasih-sayang tidak dapat bertukar ganti layanan dan belaian mesra seorang ibu terhadap anaknya tidak sama dengan belaian mesra yang dapat diberi oleh seorang pengasuh, hanya ibu yang dapat memainkan fungsi.
Ibu sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagiaan dan keselamatan anaknya, jasa ibu terhadap seorang anak tidak ternilai sebab itulah islam meletakkan syurga di bawah telapak kaki ibu, Sesungguhnya kasih-sayang ibu tidak dapat di jual beli dan kerana keadaan inilah maka doa ibu untuk anaknya sangat dimakbulkan Allah.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Keredhaan Tuhban bergantung kepada keredhaan ibu dan kemurkaan Tuhan bergantung kepada kemurkaan kedua-duanya " ( Hadis riwayat Thabrani )
Insyaallah sama-sama kita diberi kekuatan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah..mudah-mudahan di beri kesabaran dalam mencapai mardotilah dari Allah s.w.t ...amin
No comments:
Post a Comment