Friday, July 27, 2012

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN BERSAMA SI COMEL :)


AKTIVITI TADARUS AL-QURAN DAN QIRAATI  BERSAMA SI COMEL SEPANJANG MADRASAH RAMADHAN

Kelas Pemulihan tahun 3 dan 4
Bersama Cikgu Syifa' Ramadhan

Tadarus Al-Quran
Bersama Ustazah Habibah 

Tadarus Al-Quran
Bersama Cikgu Siti Minah

Tadarus Al-Quran
Bersama : Ustazah Basyirah

Tadarus Al-Quran
Bersama : Cikgu Munirah Athirah

Tadarus Al-Quran 
Bersama : Cikgu Asanazalia

Tadarus Al-Quran 
Bersama : Ustaz Ghani


Semoga Allah terima Amal baik kita sepanjang bulan Ramadhan insyaallah :)

SELAMAT BERPUASA KAMI UCAPKAN :)

Alhamdulillah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..Alhamdulillah penuh rasa syukur tidak terhingga pada yang Maha Esa telah singgahkan kita semula ke madrasah ramadhan...hampir seminggu anak-anak didik d.sekolah menghadapi ujian ikat perut..sebagai guru rasa bahagia dan bangga bila tanya si comel :
Guru : kamu puasa ! ( sambil hadiahkan senyuman menawan ) :D
Si Comel : Saya puasa cikgu ! ( sambil hadiahkan muka masam kelat penat bulan puasa  ) :(
bila si comel jumpa je mana guru2 si comel akan tanya : cikgu, kelas ada berapa lagi?? kesian kira nak balik je penat sangat2..Alhamdulillah si comel balik kol 1 kalau pkl 4 rasanya aktiviti tido je dalam kelas.
Puasa melatih si comel lebih displin...
Makin kurang masalah displin d.sekolah si comel semua keletihan..syitan2 kabir dan soqir semua d.ikat dengan kuat, guru-guru semua tarik nafas lega..harap-harap madrasah ramadhan boleh memperbaiki kelemahan guru-guru dan anak-anak didik insyaallah..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Salam Ramadhan
buat anak didikku : Ustazah Hafiza

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)

Selamat Berpuasa dari kami : Adib Izraízz dan Aiman
Tahun 6 Fitrah

Ramadhan Kareem dri : Adli Hasani 
Tahun 1 Mawardah

Salam Ramadhan dri : Luqman Firdaus 
Tahun 6 Fitrah

Selamat Berpuasa dri : Ain Humaira 
Tahun 5 Amanah

Kurma Tangkai Omar : khas buat pelajar2
dri : Koperasi Pembangunan Wilayah Utara Berhad

Kurma Tangkai Sahara : Khas Buat Guru2
dri : Koperasi Pembangunan Wilayah Utara Berhad

Wednesday, July 25, 2012

BILA SI COMEL MULA MENULIS :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...BILA SI COMEL MULA MENULIS :) Ya Allah kenapalah tulisan kamu ni teruk sangat ...ustazah tengok kamu macam baru nak belajar menulis je...mula terfikir rasanya guru dah terlepas pandang dekat si comel ni...tahun ni dah darjah 4 macam mana kamu nak menduduki UPSR ni...mula rasa bimbang di dalam hati....petang ni tekad nak panggil si comel nak ajar dia menulis bagi kemas2 sekurang-kurangnya guru2 dapat faham si comel tulis...bila panggil ajar si comel tengok muka dia rasa kesian sebab si comel dari sekolah kebangsaan masuk sekolah agama...bila tanya dia rupanya di sekolah kebangsaan dok kelas hujung2 biasalah kalau pelajar tu kelas last memang kurang sikit perhatiannya..bila masuk sekolah agama si comel dok bersama rakan-rakan yang agak cerdik ..nampak si comel cuba untuk bersaing juga...bila tengok balik tulisan si comel memang x faham langsung tulisan rapat2 ishh agak pening juga...Tapi sebagai guru, pelajar adalah amanah untuk kita..mungkin kita akan selalu marah bila buku budak2 x kemas...bukan??? awatlah tulis kamu ni hodoh sangat, awat tulisan macam cakar ayam, awat,awat dan awat TAPI adakah kita cuba untuk perbaiki kelemahan pelajar kita...ambik masa untuk si comel di sekolah kita, kadang2 budak2 ni di ajar semasa tadika dan tahun 1 je, guru masa tu pegang tangan ajar cara nak menulis budak2 ni seronok sebenarnya bila guru take care...bila dah naik tahap dua benda ni dah tidak di tekan lagi, apa salahnya gunalah masa yang ada untuk pegang tangan mereka dan perbaiki kelemahan yang ada...sabar cikgu benda ni perlu masa kurangkan marah dan sebagainya, mereka perlukan bimbingan dari kita insyaallah hadiahkan keikhlasan hati untuk pelajar2 yang lemah seperti si comel di sekolah kita ...Allah anugerahkan pada manusia semuanya tidak sama jangan buat perbandingan di antara pelajar yang cerdik dan lemah, ..banyakkan memberi x rugi insyaallah, semoga kita sentiasa di berikan kesabaran dan kebaikkan dengan kerja buat kita  insyaallah :)

bila si comel belajar menulis 

si comel :)

teruskan bimbingan


bila si comel tulis semua rapat2

Aku Sebijik Bola ..Aku dibuang ke dalam tong sampah.Aku sangat gembira :P
si comel, si comel


Alhamdulillah, dapat juga si comel perbaiki tulis...tapi masih lagi perlu di bimbing

Saturday, July 21, 2012

SABAR TERHADAP KERENAHNYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Sesungguhnya sabar itu separuh daripada IMAN. Sekiranya didikan yang kurang baik diberi sejak dari mula lagi maka apabila dewasa kelak mereka akan mendatangkan masalah namun bagi ibubapa yang sedar mereka tidak harus berputus asa kerana anak itu merupakan amanah dan anugerah tuhan yang tidak terhingga  nilainya.Kerenah anak remaja sememangnya berbeza sama sekali dengan anak-anak yang kecil kerana pada ketika ini minat, hobi, kegemaran, cita-cita mereka yang beragam dan mengikut peredaran zaman. Kebiasan ibubapa menegur anak yang sudah meningkat remaja kerana silap-silap mereka akan berkecil hati atau lebih lebih teruk melawan kita semula .Cuba gunakan pendekatan psikologi kerana peringkat ini mereka sudah boleh memahami kehendak orang tua mereka tetapi jika mereka masih tidak mahu menerima cara ibubapa boleh membawa perkara itu berunding bersama-sama dengan anak.


Sebaliknya sikap sabar yang ditonjolkan ibubapa dalam menangani masalah tingkahlaku akan meninggalkan kesan yang mendalam didalam sanubari anak-anak untuk berusaha meninggalkan perkara itu buat selama-lamanya.tidak ada contoh yang terbaik lain yang boleh dipaparkan melainkan daripada junjungan Nabi Muhammad S.a.w dimana, ketika baginda sedang sujud dalam sembahyangnya tiba-tiba cucu-cucunya Hassan dan Hussin bermain-main di atas belakmangnya lalu Nabi Muhammad melakukan sujud yang lebih lama daripada biasa kerana sengaja membiarkan mereka bermain sepuas-puasnya, apabila ditanya mengapa melakukan sujud yang terlalu lama lalu, Baginda menjawab bahawa baginda khuatir anak-anak itu akan terjatuh sekiranya bangun daripada sujud. Ini menunjukkan bertapa sabarnya nabi menghadapi kerenah anak-anak.

Ada ibubapa suka memekik-mekik memarahi anak-anak yang degil kerana sering mengulangi kesalahan, mungkin itulah yang membosankan anak-anak dengan kerenah ibubapa Iman Syafii berkata : " Nasihatlah aku ditempatyang sepi dan jangan menasihati aku dalam keramaian. Kerana menasihati di depan orang banyak adalah termasuk menjelek-jelekkan yang aku tidak sudi mendengarnya, Jika engkau berbeda pendapat dengangku dan menyalahi aku dan janganlah marah, jika engkau tidak ditaati " jadi insyaallah marilah sama-sama ubah sikap kita bagi ibubapa dan pendidik cuba dekati mereka dengan cara baik yang penting jadilah pendengar yang baik..mudah-mudahan kita sentiasa memperolehi setiap kebaikkan.

Sabar dengan kerenah anak-anak kecil

jadi pendengar yang baik :)


Friday, July 20, 2012

PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA

Alhamdulillah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ...Kelab Sains dan Matematik,telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara
pusat sains negara mendedahan sains yang sebenar dan membuka minda pelajar mengetahui bertapa sains penting dalam kehidupan.
Mudah-mudahan objektif yang dihajatkan oleh pihak sekolah tercapai insyaallah :)
 Guru seronok Pelajar seronok :P

 
Pusat Sains Negara Wilayah Utara Kedah Darul Aman


sesi taklimat


open



isa syahmi



Amboi sakan depa..tiga2 comel :)

Adib Imran

Terima Kasih kepada yang menjayakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara :
 Ustazah Hafiza, Cikgu Syifa, Cikgu Husna, Cikgu Fitriah, Cikgu Nabilah, Cikgu Asnazalia, Cikgu Munirah Athirah, Ustaz Badrol, Ustaz Hasif, Ustaz Zulkhairi dan Ustaz Ghani

Thursday, July 19, 2012

JOM IKUT KAMI KE MENARA ALOQ SETAQ ! :)


Alhamdulillah...Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Sekolah telah mengadakan Program untuk kelab seni kreatif ...baru-baru ni guru-guru merancang membuat lawatan ke Menara Alor Setar untuk  tahun 4,5 dan 6 .....bukan setakat pelajar je yang seronok dapat keluar dari sarang sekolah tapi guru-guru pun sama juga  inilah masa yang di nanti-nantikan..:) apa-apa pun sebagai guru dia akan rasa gembira kalau dapat gembirakan anak didiknya sendiri dengan program secara santai macam ni...Semoga dengan usaha kita yang sedikit ni dapat menguatkan ikatan silatulrahim di antara guru dan pelajar insyaallah, Terima kasih pada guru-guru  yang menjayakan program terutamanya ustazah hasaniah, ustazah sarah, ustazah jamilah, ustazah zahidah dan  cik nasyrah hayati :)

Menara Alor Setar

Aiman Hamzi, Hadi Farhan, Fariz, irfan dan Amir 

Jom sertai kami : Hadi Farhan :)

Ohh Menara Aloq Setaq
Hadi farhan n Fariz ikrimi

ustazah sarah 

Haziq tengok sapa pun xleh kongsi ngan dia :P

sekitar Aloq setaq

Ain Humaira dan Atiyah Fyzee

cik nasyrah dn ustazah jamilah 

model bank rakyat

ustazah zahidah

jom makan
cik nasyrah dn ustazah hasaniah



main sungguh2

dahsyat sungguh punya main sampai t.lentang...memang x kering gusi tengok gambar ni
macam2 budak2 ni ishh (>_<)


Alhamdulillah selesailah sudah
jom balik !