Saturday, June 23, 2012

CIKGU, JOM TENGOK !

Alhamdulillah, Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...Semoga Allah merahmati setiap tugasan harian kita insyaallah.
Moga hari-hari kita akan sentiasa bahagia dengan anak-anak kecil di sekolah....sepanjang perjalanan ana sebagai pendidik banyak yang telah ana pelajari terutama dari segi pengalaman bersama pelajar, waris dan sebagainya..ana ingin berkongsi beberapa cerita tayangan video yang menyentuh perasaan para guru terutamanya mengisahkan tentang perjalanan kehidupan  pelajar yang menghadapi masalah kesihatan..mungkin kita tidak pernah mengambil tahu tentang pelajar kita & kita sengaja buat tak tahu...
Secara jujurnya apabila ana melihat sendiri video yang di tayangkan tentang dunia kanak-kanak, ana menagis terkesan d.hati video ni memang sesuai sangat pada semua lapisan terutama pendidik...
Tahniah kepada pengarah yang mencetuskan idea yang bernas membuka seluasnya pemikiran para pendidik dan ibu bapa mengenali anak-anak didik dengan lebih dekat..
Ana mengharapkan semoga pengarah filem Malaysia dapat membantu perkembangan sistem pendidikan melalui drama-drama yang membina seperti :

  
Mercury Rising - sebuah kisah seorang Ejen FBI melindungi seorang kanak-kanak autistic bernama Simon selepas ibubapanya di bunuh kerana disyaki dapat memecahkan kod sulit. Keistimewaan yang ditonjolkan dalam watak Simon, dia boleh menterjemah kod sulit yang mengandungi mesej rahsia, dan sangat tajam ingatan.

cerita paling terkesan 
Tare Zameen Par - sebuah cerita mengenai seorang kanak-kanak yang menghidap disleksia. Sebuah cerita yang aku rasa berjaya memaparkan cabaran dan rintangan sebagai seorang disleksia dan orang yang ingin membantunya, lantas menjadikannnya seorang yang berjaya dan dapat di terima oleh masyarakat.

Temple Grandin - sebuah cerita benar mengenai seorang yang bernama Temple Grandin penghidap autisme. Cerita mengisahkan bagaimana menghadapi kesukaran menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Seorang guru yang peka telah membuka ruang dan peluang untuk beliau berjaya dalam hidupnya. Beliau kini bergelar Professor.

    My Name Is Khan - lagi sebuah cerita bollywood mengisahkan seorang penghidap autisme yang mengembara hingga ke Amerika untuk bertemu dengan Presiden Amerika. Banyak yang berlaku sepanjang pengembaraannya. Sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran mengenai autisme.

Ocean Heaven - sebuah cerita lakonan Jet Li yang mengisahkan cabaran seorang bapa menjaga, mendidik dan membesarkan seorang anak autisme. Beliau amat risau akan masa depan anaknya apabila beliau tiada lagi di dunia ini.

Rainman - sebuah cerita mengisahkan seorang abang yang menculik adiknya yang menghidap autisme sebagai alat untuk mendapat sejumlah wang selepas kematian ayah mereka.

JOM TENGOK ! INSYAALLAH TERKESAN

Friday, June 22, 2012

LA TAHZAN CIKGU ! JANGAN PUTUS ASA



Alhamdulillah, Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..buat pembaca blog ana yang d.kasihi..masih segar dengan kata - kata seorang lelaki yang bernama Roosevlt : Satu-satu orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa - apa, jangalah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama
Mungkin kita juga adalah punca kepada kegagalan pelajar..mungkin ramai yang tidak bersetuju bukan? kita cuba lihat semula kelemahan yang ada pada diri kita.sikap guru juga yang membosankan dan tidak menggunakan psikologi bagi menarik perhatian pelajar menjadi punca kepada kegiatan sosial terutamanya ponteng sekolah.

Mereka perlukan perhatian sepenuhnya dari guru, peranan ibu bapa makin hilang di mata anak-anak kenapa ana berkata begitu inilah yang berlaku di mana-mana sekolah, ana bawa satu kisah tentang seorang pelajar yang hidup dalam keluarga yang serba mewah, ibu bapa yang sibuk menguruskan hal keduniaan hingga lupa akan tanggungjawab besarkan anak dengan bantuan sepenuhnya pembantu rumah sahaja, setiap kali masalah displin berlaku di sekolah berulang-ulang kali rasanya semua akan tertanya apa masalah pelajar tersebut bukan? pelajar tadi melakukan kes kecurian dah menjadi kebiasaan...nampak apa yang berlaku tanggungjawab siapa rasanya ibu bapa & guru ? persoalan demi persoalan...

Kalau kita sebagai pendidik penat dalam mendidik sebenarnya SALAH kita perlu bantu anak bangsa kita sendiri, mungkin dah ramai ibu bapa  yang mempunyai kesedaran tapi kurang penekanan agama..Allah S.W.T sebut Anak, harta adalah ujian dari Allah. Kita lupa hakikat penghambaan kita kepada Allah.
Pelajar yang ana kongsikan tadi memang perlukan perhatian jiwanya kosong sebagai pendidik perlu teliti pemasalahan yang berlaku bukan hanya menghukum, ana panggil dan berbincang dengan pelajar tersebut bila di tanya pelajar tersebut menangis mengharapkan  kesalahannya tidak di ceritakan kepada kedua ibu bapanya..memang pelajar tersebut mengaku atas kesalahannya mengharap perbuatannya menjadi perhatian guru...kurang kasih sayang mak ayah yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan sehingga si anak tanya tentang pelajaran & ingin menceritakan kisah di sekolah,  mula mak ayah naik angin, rotan sentiasa di tangan patang silap badan menjadi mangsa..yang terkesan di hati sangat apabila pelajar tersebut di rotan datang bilik guru cari cikgu minta suruh tolong sapukan ubat..Ya Allah berat sebenarnya tanggungjawab sebagai pendidik kita perlu mainkan peranan penting take care..kitalah sebagai doktor, polis, peguam dan sebagainya untuk mereka.

Mungkin ada yang mengeluh bila baca kes-kes yang berlaku kepada pelajar-pelajar sekarang tak kiralah pelajar sekolah,menengah mahu pun IPT sekalipun ..La Tahzan Cikgu ! kalian semua boleh cuba menjadi pendengar yang baik yang paling penting menjadi Qudwah Hasanah yang lebih baik jangan cepat mengalah sabar supaya iman sentiasa menjadi kekuatan dan berbaik sangka terhadap Allah...banyak sebenarnya kalau kita nak kongsikan tentang sistem pendidikan yang sedia ada..inilah salah satu perancangan orang kafir ingin memusnahkan dan hancurkan umat  islam melalaikan anak bangsa kita sendiri .mereka cuba sibukkan kita dengan kebendaan lupa tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah...Jadi kita sebagai pendidik sentiasa mencuba jangan sebut " saya dah putus asa " Rasulullah adalah guru terbaik buat kita ..tak pernah mengeluh, putus asa, sedih dan sebagainya..pelajar kita adalah mad`u kepada kita..

Insyaallah, gunalah kesempatan bangun sembahyang taubat supaya hati kita sentiasa di bersihkan sama-sama kita menadah tangan memohon kekuatan pada Allah supaya sentiasa di kuatkan untuk menjadi guru yang baik kepada anak murid kita insyaallah  ...amin



Allah adalah sebaik-baik sandaran :) La Tahzan ukirkan senyuman cikgu insyaallah 

Thursday, June 21, 2012

MALAM PERPISAHAN..USTAZAH MARYAM

Alhamdulillah, Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...setiap pertemuan ada perpisahannya..apabila bersahabat kerana Allah dapat merasakan nikmatnya semuanya indah belaka ...pertemuan hanya seketika tetapi penuh dengan kemanisan...Alhamdulillah, Maryam sempat tabur bakti buat anak didik SeRU sebelum meneruskan perjuangan sebagai pelajar d.U.I.A..banyak yang dapat b.kongsi dengan Maryam tentang pendidikan...kadang-kadang kita ni DARAH MUDA semuanya nakkan natijah cepat sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membina jambatan hati bersama pelajar..semuanya perlu lakonan drama yang hebat..medan cakap dengan medan melaksana bukanlah mudah...sedikit sebanyak Maryam dapat pengalaman dari dunia kanak-kanak..tak dapat d.nafikan memang seronok bersama anak - anak kecil, hati mereka bersih tiada DOSA...jadi semperna hari perpisahan kami Ahli Bait bawa Maryam keluar makan-makan d.medan selera...bukannya selalu dapat bersama semua sibuk dengan tugasan masing-masing inilah masa yang sesuai untuk lebih mengeratkan hubungan silatulrahim..insyaallah
Semoga kebaikkan Maryam Allah balas berganda-ganda..pengalaman juga mendewasakan kita.
Selamat Meneruskan Perjuangan :) anak-anak didik sentiasa rindu Maryam =P

cik rohaida,puan nabilah, puan asma, cik syida dn cik ain
Yong Tau Fu
cik ain memulakan misinya :)

menikmati
cik ain dn cik maryam

teruja :)






ukhuwahfillah abadan abada...housemate 2012

Tuesday, June 19, 2012

SEGALANYA BERMULA DI SINI ....MEREKA ADALAH AMANAH BUATKU !


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...masih mengalas tugasan sebagai murabbie bukanlah satu benda yang mudah ramai yang mengingatkan keuntungan yang lumayan dari segi gaji dan sebagainya  TAPI  adalah tugasan yang agak berat ...tidak hairanlah jika ada yang guru yang menunggu masa untuk pencen awal..makin maju pembangunan ekonomi dan sebagainya..makin majulah cara  pembelajaran sekarang..jauh beza zaman kita belajar dulu..bila lihat pelajar sekarang rasa turut bimbang apabila dunia makin canggih...banyak pengaruh dari luar, kes-kes pelajar juga makin dahsyat..guru banyak memainkan peranan dalam pendidikan...sebagai guru bukanlah tugas kita memberi ilmu sahaja mengharapkan pelajar kita cemerlang banyak "'A "' di sekolah tetapi soal agama juga perlu menitik beratkan kerana nilai murni di kalangan pelajar makin pupus..akhirat juga perlu diterapkan..insyaallah kerja buat kita akan dipermudahkan olehNya..amin..














 

JIWA REMAJA


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat yang tidak terhingga iaitu Iman dan Islam...
Remaja adalah generasi yang bakal menerajui pemerintahan negara di masa hadapan. Oleh itu, mereka dianggap sebagai aset negara yang paling berharga. Bak kata pepatah '' pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara '' Jika cemerlang pemuda dan pemudi kita, maka cemerlanglah mereka
.
Kecemerlangan generasi baru ini akan dapat diwujudkan apabila golongan remaja memahami akan pentingnya kehidupan mereka sebagai kumpulan yang meneruskan nasib agama, bangsa dan negara pada alaf akan datang. Peranan dalam membentuk, membina dan mendidik remaja ini adalah tanggungjawab generasi tua. Sekiranya mereka gagal dalam memainkan peranan masing-masing, maka sudah pastilah mereka tamadun dan peradaban yang telah ada tidak dapat dipertahankan dan diperkembangan.

Ayat di bawah ini memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam membentuk sahsiah generasi muda : ertinya - Kemudian mereka digantikan oleh satu angkatan ( generasi ) yang meninggalkan solat, yang memperturutkan hawa nafsu, sebab itulah mereka menemui kebinasaan. ( Maryam : 59 )

                           
Allah S.W.T mengingatkan agar membentuk suatu generasi penerus yang berkebolehan melanjutkan budaya dan akhlak bagaimana yang dimiliki oleh nenak moyang mereka. Sejarah telah membuktikan bahawa suatu tamadun negara musnah apabila golongan mudanya rosak. Ia telah diakui sendiri oleh khuruschev ( Bekas Sekretaris Parti Komunis Rusia ) pada tahun 1962. Rusia pada masa itu berada dalam bahaya apabila golongan muda telah menyeleweng dari dasar asal serta tenggelam dalam hawa nafsu dan tidak bertanggungjawab. Begitu juga dengan Presiden Kennedy ( Amerika Syarikat ) mengatakan bahawa masa depan Amerika berada dalam bahaya kerana generasi mudanya telah menyeleweng, rendah akhlak moralnya, tenggelam dalam hawa nafsu dan tidak bertanggungjawab.

Di dalam wawasan 2020, cabaran yang keempat daripada sembilan cabaran berbunyi '' cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Maka dengan itu, sudah seharusnya diatur satu kaedah yang tepat lagi berkesan dalam mendidik remaja kita ke arah menjayakan wawasan yang dicita-citakan.


" Bukan dari golongan kami sesiapa yang tidak mengasihani anak-anak mereka dan tidak mengenali hak orang dewasa "
( H.R : Ahmad, Abu Dawud dan Tarmidzi )

TAHNIAH CIKGU NABILAH !

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan yang mematikan..tiada yang lebih indah melainkan  rasa syukur yang tidak berbelah bahagi...terima kasih atas kurniaannya...
musim cuti menjadi sasaran buat guru-guru berpeluang berjalan-jalan, makan-makan angin setelah duduk bersama anak-anak kecik sepanjang persekolahan...x lupa juga yang melangsungkan perkahwinan MABRUK kepada CIKGU NABILAH ABD RAHMAN peluang keemasan yang terbaik bila cuti sekolah itulah masa yang sesuai nk buat kenduri kendara dgn ahli keluarga :) kawan bujang serumah makin b.kurangan apabila ramai yang mula tamatkan status mereka apa-apa pun kami sentiasa mendoakan yang terbaik...Moga Allah sentiasa limpahkan Sakinah Wa Rahmah dlm rumahtangga kalian berdua  
Kepada : Nabilah bt Abd Rahman & Mohd Shahir bin Hassan " Selamat Pengantin Baru '' sahabat


debaran makin terasa :)
senyuman makin menawan :P

cik sarah, puan sopiana dan cik izura
tumpang berkat

hantaran blh lelaki

Puan nabilah

cik izura, puan nabilah, cik nasyrah, dan puan sopiana 

puan sopiana tunggu masa nak buat pulut kuning plk utk anak sulung

insyaallah cik izura dn cik sarah m.nunggu masa

turut ambik berkat cik fitriah dn cik asma
: Doakan kami =)

Sekaluang Doa 
Satukanlah hati kedua mempelai ini engkau satukan hati Adam dn Hawa, Yusuf dn Zulaikha dan seperti mana engkau satukan hati Muhammad dn Siti Khadijah 
Semoga Allah memberkati kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dn akhirat
Amin...Ya Allah


Monday, June 18, 2012

CIKGU MAAFKAN SAYA !

Salam penuh kasih-sayang buat semua pembaca blog ana. Semoga Allah permudahkan setiap urusan kita..insyaallah
Sekadar berkongsi gelagat anak-anak kecik di sekolah...istimewanya mereka d.kurniakan Allah bersih seperti kain putih, maka coraklah mereka menjadi insan yang soleh dan musleh...Alhamdulillah sekadar perkongsian ana pada hari ini dengan dunia budak-budak ....waktu makan di sekolah tiba-tiba ada seorang cikgu baru masuk x sampai sebulan m.gadu...tentang sikap seorang pelajar perempuan dok usik cikgu tersebut ..biasala tambah-tambah cikgu baru patang  budak-budak ni memang suka m.yakat....memang lawak cara dia usik tapi sebagai guru lama ..x leh dok diam je ..budak perempuan tu ana panggil tegur secara baik...mungkin dia agak segan bla ana panggil sepanjang bercakap ngan dia tunduk je sambil b.genang air mata dia...:)
keesokan harinya surat layang sampai kt tangan siap ada posmen karat lagi hantar...macam2 budak-budak ni...zaman sekarang budak-budak memang pandai mengarang ...lawak hampir guling2 juga :D



penolong saya ialah -Afifah dan Ain Humaira
siap ada pembantu lagi  :)


Surat anak dara ni tulis : 
Ustazah, saya dah minta maaf kepada Ustazah Habibah. Sebenarnya saya bukan mengejek ustazah Habibah. Saya menyanyi lagu "Doraemon" sebab saya suka tengok cerita doraemon. Ustazah Habibah salah faham.saya tidak berniat untuk mengejek Ustazah Habibah Doraemon .Saya sebenarnya baru mendengar lagu doraemon dan saya juga telah menghafal lagu "Doraemon"  Di rumah saya banyak baca buku cerita mengenai doraemon, saya peminat no 1 Doraemon Harap2 Ustazah dapat maafkan saya.. 




nota ringkas : cikgu maafkan kamu...kamu punya pasal DORAEMON dapat nama :)


Sunday, June 17, 2012

VISI & MISI KAMI :)

 FALSAFAH
Sistem pendidikan Sekolah Rendah Ummi adalah sistem pendidikan terancang,
kemaskini dan terpimpin, yang berteraskan Tauhid  untuk menyuburkan dan
meningkatkan prestasi pelajar kearah melahirkan insan yang cemerlang dan
seimbang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi serta
dapat memberi khidmat kepada agama, manusia dan selaras dengan tuntutan Allah SWT.

VISI
Membangunkan sistem persekolahan berwibawa bagi menjana pekerja-pekerja Islam yang mampu merubah dan memimpin masyarakat  demi mencapai keredhaan Allah SWT.

MISI
Pendidikan  melahirkan pemimpin dan dakwah merubah masyarakat.

MOTO
“MEMBIMBING GENERASI PEWARIS”

Mereka adalah Amanah 

KESILAPAN - KESILAPAN YANG DILAKUKAN OLEH IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK


Dibawah ini disenaraikan sebahagian dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa :

1. Kurang berdoa dalam proses mendidik anak.
2. Memperkecilkan kebolehan anak
3. Kurang tegas dalam mendidik anak
    ( Waktu belajar, mengaji, tidur, riadhah dan lain-lain )
4. Lebih banyak memberi belaian negatif ( tarhib ) dan belaian positif ( targhib )
5. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak-anak
6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak
7. Suasana rumahtangga yang kurang kondusif
8. Menegur secara yang negatif ( sentiasa mencemuh dan mengkritik anak-anak )
9. Manifestasi kasih sayang yang kurang jelas
10. Pendidikan anak-anak yang tidak seimbang
    ( intelektual, fizikal, kerohanian dan pengalaman )
11. Kurang mendedahkan anak-anak kepada model-model yang cemerlang
    ( ulamak, cendekiawan, ahli fikir, negarawan dan pendekar )
12. Kurang menghidupkan sunnah dalam rumahtangga
13. Kurang menggalakan musyawwarah dalam membuat keputusan
14. Menunjukkan perselisihan dihadapan anak-anak
15. Membenarkan orang-orang yang tidak elok sahsiah dan perlakuan masuk ke dalam rumah
16. Kurang mengasuh anak membuat kerja-kerja rumah
17. Masih membenarkan akhlak yang buruk dalam rumahtangga
18. Tidak menggantung rotan di tempat yang boleh diilihat oleh ahli keluarga
19. Terlalu mengharapkan kepada pembantu rumah
20. Tidak mendidik pembantu rumah kaedah mendidik anak yang sewajarnya
21. Kurang mengawasi pendedahan kepada televisyen dan video
22. Kurang mengawasi penggunaan telefon
23. Kurang mengajar anak kemahiran sosial
      ( bercakap dengan kawan, menggunakan telefon, menegur orang, bercakap dengan tetamu dn sbginya )
24. Masih melakukan tabiat kurang baik dalam rumahtangga.
25. Kurang mempamerkan sifat kejiranan yang baik
26. Kurang mendedahkan kepada anak erti "kesusahan"
27. Kurang menitik beratkan makanan yang seimbang atau sesuai untuk anak-anak
28. Tidak bersama-sama anak ketika makan
29. Mempamerkan pilih kasih terhadap anak-anak
30. Tidak menggunakan masa paling jitu ( teachable moment ) untuk mendidik anak